Wednesday, 15 March 2017

ISU-ISU KONTEMPORARI - KESANTUNAN BAHASA


   Kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. Pada umumnya, bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan seperti ibarat kata bijak pandai:“Yang Kurik itu kendi, yang merah itu saga, Yang baik itu budi, yang indah itu Bahasa.

Dalam Islam, konsep kesantunan berbahasa dapat dirujuk melalui beberapa perbahasan yang terkandung dalam al-Quran yang berkaitan dengan etika komunikasi sebagaimana penelitian yang dibuat oleh Nur Damia dan Zulkifli (2015):

(a) Qaulan sadida (Surah al-Nisa' 4:9), iaitu medium bahasa yang digunakan mestilah jujur dan benar pengisiannya.

(b) Qaulan ma'rufa (Surah al-Nisa' 4:8); menyarankan agar manusia dapat berkomunikasidengan bahasa yang tidak menyentuh jiwa dan perasaan khalayak.

(c) Qaulan baligha (Surah al-Nisa' 4:63); menekankan maklumat yang disebarkan kepada masyarakat hendaklah mampu meninggalkan kesan kepada jiwa mereka.

(d) Qaulan maisura (Surah al-Isra' 18:28); melalui ayat ini, para pendakwah diperingatkan bahawa maklumat yang disebarkan mestilah mampu difahami dan sesuai dengan tahap kemampuan para pendengar.
(e) Qaulan karima (Surah al-Isra' 17.23); menjelaskan bahawa bahasa dan perkataan yang diungkapkan mestilah mempunyai nilai yang baik dan mulia. 


            
Faktor-faktor lain yang menyebabkan lunturnya kesantunan berbahasa:

Ibu bapa
-Kurang memainkan peranan dalam mendidik anak-anak mengenai budi bahasa
-Terlalu sibuk dengan kerjaya
-Terlalu mengharapkan guru/pendidik di sekolah mendidik anak-anak
-Tidak menekankan aspek budi bahasa dalam diri anak-anak

Kemajuan teknologi
-Budaya luar yang mudah diikuti
-Memberi pengaruh yang kurang baik
-Budaya luar tidak mementingkan budaya budi bahasa
-Remaja terpengaruh dengan budaya luar seperti "punk", "gothik", dan sebagainya.

Diri sendiri/Remaja/Masyarakat
-Menganggap tidak penting
-Kolot dan memalukan
-Lebih bangga dengan budaya luar berbanding budaya sendiri
-Kurang didikan agama

Sekolah 
-Kempen di sekolah kurang berkesan
-Guru-guru yang kurang menekankan aspek berbudi bahasa dan lebih mengutamakan aspek peperiksaan
-Terlalubergantung terhadap kerajaan

Kerajaan 
-Tidak mementingkan budi bahasa (terutamanya kakitangan awam)
-Tidak boleh dijadikan contoh kepada rakyat
-Kempen yang dijalankan banyak tidak berkesan



ISU-ISU KONTEMPORARI - HIBURAN MELAMPAU
Hiburan adalah perbuatan, aktiviti atau sebagainya bertujuan untuk menghiburkan, menyenangkan, dan mententeramkan hati dan diri, itulah pentakrifan secara umum untuk hiburan. Sekiranya kita melihat kepada negara kita Malaysia khususnya, hiburan telah berkembang luas dan telah mengambil tempat yang cukup luas dalam cabang sosial. Kita juga dapa melihat perkembangannya dalam media massa tidak kira media cetak atau media elektronik. Pekara inilah mendatangkan kebimbangan dalam kalangan umat islam di Malaysia.

Melihat kepada kajian dari pelbagai pihak bahawa hiburan seperti ini secara terang-terangan telah membawa keruntuhan dan akhlak umat islam, juga mendorong kepada masalah sosial. Dapat kita buktikan dengan isu-isu yang berlaku baru-baru ini seperti kes pembuangan anak yang sudah tentu berpunca dari perbuatan zina, kes berkaitan penyalahgunaan dadah dan meminum arak dan sebagainya, semuanya ini berpunca dari hiburan yang tidak terkawal walaupun sebahagian orang melihatnya kecil. Contoh menonton rancangan realiti di kaca tv, ramai dikalangan masyarakat kali ini menganggap ia sebagai pekara yang biasa, tetapi malangnya mereka tidak tahu implikasinya terhadap akhlak dan moral. Antara keburukan lain adalah adanya unsure-unsur khurafat dan syirik dalam sesetengah hiburan, juga campur gaul antara lelaki dan perempuan, pendedahan aurat dan sebagainya.
Secara ringkasnya, banyak keburukan dan implikasi yang negative melalui hiburan yang melampau, termasuklah merosakkan agama, bangsa dan budaya melayu itu sendiri, bagi remaja yang asyik dalam alam hiburan implikasi yang amat membimbangkan adalah keciciran dalam pelajaran dan siapakah yang akan membimbing agama dan negara pada masa akan datang. Oleh itu, beberapa garis panduan tentang hiburan telah dikelurkan seperti yang berikut:
1. Program hiburan
a) Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan
b) Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai
c) Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran islam
d) Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat
e) Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan

2. Persembahan muzik
a) Tidak menimbulkan gerak-geri liar
b) Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat
c) Tidak melalaikan

3. Persembahan tarian
a) Berpakaian kemas,sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam
b) Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah
c) Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan

4. Lirik
a) Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi
b) Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan
c) Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik


ISU-ISU KONTEMPORARI - PENYEBARAN FITNAH
Fitnah merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan sangat dicela oleh mana-mana agama. Firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Firman ini memberi gambaran bahawa setiap kata-kata yang disampaikan perlu diteliti dan diselidik terlebih dahulu agar kebenarannya dapat dipastikan dan khabar tersebut tidak mengandungi unsur fitnah. Hal ini bagi mengelakkan kesan buruk yang akan menimpa seseorang individu atau ahli masyarakat.

Rasulullah S.A.W juga bersabda. Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Hadis Rasulullah ini menunjukkan bahawa fitnah merupakan dosa yang besar dan berat sehingga tidak dapat memasuki syurga. Oleh itu, Islam melarang dan mengharamkan dengan keras perbuatan fitnah. Kesan fitnah adalah sangat buruk hingga boleh memudaratkan seseorang individu, keluarga, masyarakat mahupun negara.

JENIS-JENIS FITNAH

FITNAH SECARA MAYA

Terdapat fitnah penulisan secara maya. Antaranya adalah:

·                     Penulisan Blog
·                     Laman Web

 ISU-ISU KONTEMPORARI - PERKAUMAN
Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya. Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara stereotype.

Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).


Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.




No comments:

Post a Comment