KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA DAN ISU-ISU KONTEMPORARI
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
Wednesday, 15 March 2017
PROFIL KUMPULAN
DKM5B
THIINESH A/L SANTHIRASEKARAN
10DKM14F2003
DKM5B
VISMEN A/L SUBRAMANIAM
10DKM14F2037
DKM5B
ALBAN MARAN A/L MANIMARAN
10DKM14F2017
DKM5B
DENESWARAN A/L GIVAGI
10DKM14F2041
DKM5B
ISU-ISU KONTEMPORARI - KESANTUNAN BAHASA
Kesantunan berbahasa adalah
kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada
melalui lisan atau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib,
sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. Pada umumnya,
bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu
mesej atau perasaan seperti ibarat kata bijak pandai:“Yang Kurik itu kendi,
yang merah itu saga, Yang baik itu budi, yang indah itu Bahasa.
Dalam Islam, konsep kesantunan
berbahasa dapat dirujuk melalui beberapa perbahasan yang terkandung dalam
al-Quran yang berkaitan dengan etika komunikasi sebagaimana penelitian yang
dibuat oleh Nur Damia dan Zulkifli (2015):
(a) Qaulan sadida (Surah al-Nisa'
4:9), iaitu medium bahasa yang digunakan mestilah jujur dan benar
pengisiannya.
(b) Qaulan ma'rufa (Surah al-Nisa'
4:8); menyarankan agar manusia dapat berkomunikasidengan bahasa yang tidak
menyentuh jiwa dan perasaan khalayak.
(c) Qaulan baligha (Surah al-Nisa'
4:63); menekankan maklumat yang disebarkan kepada masyarakat hendaklah mampu
meninggalkan kesan kepada jiwa mereka.
(d) Qaulan maisura (Surah al-Isra'
18:28); melalui ayat ini, para pendakwah diperingatkan bahawa maklumat yang
disebarkan mestilah mampu difahami dan sesuai dengan tahap kemampuan para
pendengar.
(e) Qaulan karima (Surah al-Isra'
17.23); menjelaskan bahawa bahasa dan perkataan yang diungkapkan mestilah
mempunyai nilai yang baik dan mulia.
Faktor-faktor lain yang menyebabkan
lunturnya kesantunan berbahasa:
Ibu bapa
-Kurang memainkan peranan dalam
mendidik anak-anak mengenai budi bahasa
-Terlalu sibuk dengan kerjaya
-Terlalu mengharapkan guru/pendidik
di sekolah mendidik anak-anak
-Tidak menekankan aspek budi bahasa
dalam diri anak-anak
Kemajuan teknologi
-Budaya luar yang mudah diikuti
-Memberi pengaruh yang kurang baik
-Budaya luar tidak mementingkan
budaya budi bahasa
-Remaja terpengaruh dengan budaya
luar seperti "punk", "gothik", dan sebagainya.
Diri sendiri/Remaja/Masyarakat
-Menganggap tidak penting
-Kolot dan memalukan
-Lebih bangga dengan budaya luar
berbanding budaya sendiri
-Kurang didikan agama
Sekolah
-Kempen di sekolah kurang berkesan
-Guru-guru yang kurang menekankan
aspek berbudi bahasa dan lebih mengutamakan aspek peperiksaan
-Terlalubergantung terhadap kerajaan
Kerajaan
-Tidak mementingkan budi bahasa
(terutamanya kakitangan awam)
-Tidak boleh dijadikan contoh kepada
rakyat
-Kempen yang dijalankan banyak tidak
berkesan
ISU-ISU
KONTEMPORARI - HIBURAN MELAMPAU
Hiburan adalah
perbuatan, aktiviti atau sebagainya bertujuan untuk menghiburkan, menyenangkan,
dan mententeramkan hati dan diri, itulah pentakrifan secara umum untuk hiburan.
Sekiranya kita melihat kepada negara kita Malaysia khususnya, hiburan telah
berkembang luas dan telah mengambil tempat yang cukup luas dalam cabang sosial.
Kita juga dapa melihat perkembangannya dalam media massa tidak kira media cetak
atau media elektronik. Pekara inilah mendatangkan kebimbangan dalam kalangan
umat islam di Malaysia.
Melihat kepada kajian dari pelbagai pihak bahawa hiburan
seperti ini secara terang-terangan telah membawa keruntuhan dan akhlak umat
islam, juga mendorong kepada masalah sosial. Dapat kita buktikan dengan isu-isu
yang berlaku baru-baru ini seperti kes pembuangan anak yang sudah tentu
berpunca dari perbuatan zina, kes berkaitan penyalahgunaan dadah dan meminum
arak dan sebagainya, semuanya ini berpunca dari hiburan yang tidak terkawal
walaupun sebahagian orang melihatnya kecil. Contoh menonton rancangan realiti
di kaca tv, ramai dikalangan masyarakat kali ini menganggap ia sebagai pekara
yang biasa, tetapi malangnya mereka tidak tahu implikasinya terhadap akhlak dan
moral. Antara keburukan lain adalah adanya unsure-unsur khurafat dan syirik
dalam sesetengah hiburan, juga campur gaul antara lelaki dan perempuan,
pendedahan aurat dan sebagainya.
Secara ringkasnya, banyak keburukan dan implikasi yang
negative melalui hiburan yang melampau, termasuklah merosakkan agama, bangsa
dan budaya melayu itu sendiri, bagi remaja yang asyik dalam alam hiburan
implikasi yang amat membimbangkan adalah keciciran dalam pelajaran dan siapakah
yang akan membimbing agama dan negara pada masa akan datang. Oleh itu, beberapa
garis panduan tentang hiburan telah dikelurkan seperti yang berikut:
1. Program hiburan
a) Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan
b) Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak
mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai
c) Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti
masyarakat dan ajaran islam
d) Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau
maksiat
e) Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang
boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan
2. Persembahan muzik
a) Tidak menimbulkan gerak-geri liar
b) Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat
c) Tidak melalaikan
3. Persembahan tarian
a) Berpakaian kemas,sopan serta tidak memakai pakaian yang
boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan
kehendak Islam
b) Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah
c) Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan
4. Lirik
a) Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan
peribadi
b) Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah
disempurnakan
c) Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik
ISU-ISU
KONTEMPORARI - PENYEBARAN FITNAH
Fitnah merupakan satu perbuatan yang
terkutuk dan sangat dicela oleh mana-mana agama. Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, jika
datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk
menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga
menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.
(Surah al-Hujurat, ayat 6)
Firman ini memberi gambaran bahawa
setiap kata-kata yang disampaikan perlu diteliti dan diselidik terlebih dahulu
agar kebenarannya dapat dipastikan dan khabar tersebut tidak mengandungi unsur
fitnah. Hal ini bagi mengelakkan kesan buruk yang akan menimpa seseorang
individu atau ahli masyarakat.
Rasulullah S.A.W juga bersabda.
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis Rasulullah ini menunjukkan
bahawa fitnah merupakan dosa yang besar dan berat sehingga tidak dapat memasuki
syurga. Oleh itu, Islam melarang dan mengharamkan dengan keras perbuatan
fitnah. Kesan fitnah adalah sangat buruk hingga boleh memudaratkan seseorang
individu, keluarga, masyarakat mahupun negara.
JENIS-JENIS FITNAH
FITNAH SECARA MAYA
Terdapat fitnah penulisan secara
maya. Antaranya adalah:
·
Penulisan
Blog
·
Laman
Web
ISU-ISU
KONTEMPORARI - PERKAUMAN
Isu-isu perkauman
bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan
bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor
pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya.
Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang
melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan
hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara stereotype.
Isu-isu
ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana
ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan
tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam
diam-diam hingga boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu
sebab yang bakal membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum.
Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan
dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk
juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan,
perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan
sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).
Isu-isu perkauman dan isu-isu
sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan
huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan
kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan
hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan
suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum.
Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan
antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang
kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum
agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama
dan budaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)